Skip Ribbon Commands
Skip to main content

PRESS RELEASE

18.2.2017_TAKLIMAT PEMBERIGAAN PENDAFTARAN PREMIS PELANCONGAN

KENYATAAN AKHBAR

TAKLIMAT PEMBERIGAAN PENDAFTARAN PREMIS PELANCONGAN

BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

Sabtu, 18hb Februari 2017, 8.30 pagi

Dewan Setia Pahlawan,

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan telah mengadakan taklimat pemberigaan perkhidmatan yang baru iaitu Pendaftaran Premis Penginapan Pelancongan pada hari Sabtu, 18hb Februari 2017 bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Taklimat ini adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung di dalam Tourism Order, 2016, yang berkuat kuasa mulai 26hb Oktober 2016 dibawah Seksyen 5 (PART V), iaitu menghendaki supaya setiap pemilik premis penginapan berdaftar kepada Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Sebanyak 83 premis-premis penginapan telah dikenalpasti oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan untuk didaftarkan yang terdiri dari hotel-hotel, budget hotel, motel, resort, homestay, rest house, guesthouse, lodging house, apartment for short term rent  dan juga mana mana premis yang menawarkan penginapan kepada pelancong. Antara kandungan taklimat ialah berhubung dengan proses kerja pendaftaran premis-premis pelancongan, klasifikasi premis-premis pelancongan dan keperluan maklumat statistik dari setiap premis pelancongan.

 

Taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Adalah diharap melalui sesi taklimat ini akan dapat memberikan kesedaran dalam kepentingan Pendaftaran Premis Pelancongan kepada semua pemilik premis penginapan seperti yang terkandung dalam Perintah Pelancongan 2016.

 

Oleh yang demikian, Jabatan Kemajuan Pelancongan menyarankan bagi mana-mana premis penginapan yang belum lagi berdaftar supaya akan dapat membuat permohonan pendaftaran pada waktu-waktu yang telah ditetapkan iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi, bertempat di Bahagian Business Facilitation Center, Aras Bawah, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

 

  • Tamat   -

Jabatan Kemajuan Pelancongan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

Tel: (673)2382822 ext 2203

 

Attachments